Resepi Kuih Cara Berlauk Buat Sendiri Inti Banyak

Resepi Kuih Cara Berlauk Buat Sendiri Inti Banyak

Kuih cara berlauk, letak inti melimpah ruah dari dalam sampai luar baru puas makan. Selain inti daging atau ayam boleh juga guna inti serunding. Anak-anak suka kalau inti banyak, angkat habis, angkat habis makan panas-panas.

Bahan Inti:

  • 450g Ayam/daging kisar
  • Sebiji bawang besar potong dadu
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 2 ulas bawang merah dikisar
  • Sedikit halia dikisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • Garam, perasa, gula secukupnya

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau. Masuk rempah kari, kacau rata sehingga hingga garing dan naik minyak.

2. Masukkan daging atau ayam yang dikisar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan toskan lebihan minyak.

Bahan Hiasan:

  • Cili merah
  • Daun sup

Bahan Kuih Cara:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 2 cwn air
  • 1 biji telur
  • 1 kiub Pati ayam/Maggi cukup rasa
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kuih cara, blend dan tapis. Panaskan acuan, sapu minyak pada acuan. Pastikan acuan betul-betul panas baru tuang adunan ke dalam acuan. Kalau tak betul-betul panas nanti melekat.

2. Bila bahagian tepi dah nampak masak baru letak inti, cili dan daun sup. Inti akn tenggelam dibahagian tengah. Untuk cepat masak, tutup dengan tudung periuk.

3. Bila kuih masak, bahagian tepi akan nampak renggang dari acuan, bolehlah cungkil dengan lidi untuk keluarkan kuih daripada acuan. Sedia untuk dihidangkan.

Satu adunan dapat 30-35 biji. Saya guna acuan besar, acuan yang ada 6 lubang macam ni >> KLIK DI SINI

Selamat mencuba.

Resepi Kuih Cara Berlauk Buat Sendiri Inti Banyak

Resepi Oleh: Nur Masri