Ayam Masak Ros Mamak Haji Kuah Pekat Sedap

Ayam Masak Ros Mamak Haji Kuah Pekat Sedap

Kak Rose masak Ayam Masak Ros Mamak Haji (Al Fatihah) makan sekali nak makan lagi. Kak Rose panjangkan resepi di sini ya.

Bahan-Bahan dan Cara Memasak:

  • 1 ekor ayam seberat 1.6 kg dipotong ikut suka, digaramkunyit dan digoreng 3/4 masak.
  • 15 batang cili kering yang tak pedas sangat, direbus lembut dan dikisar halus. Kalau nak pedas sikit, guna 20 biji tapi guna cili yang tak pedas sangat tu ya yang panjang.

Bahan kisar;

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 in halia
  • 1 biji carrot
  • 1 biji tomato

Bahan hiris dan ditumis;

  • 2 biji bawang besar sederhana dihiris memanjang
  • 2 helai daun pandan
  • 2 btg serai diketuk dulu
  • 2 btg kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 4 pelaga
  • 5 cengkih

Tumis dulu serai diikuti daun pandan, 4 sekawan dan bawang. Bila bawang dan bahan lainnya layu baru masukkan bahan kisar. Bila dah wangi dan masak, masukkan pula cili kisar.

Masak dulu selama 15 minit dengan api perlahan. Kalau kering, masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan;

  • 2 sdb serbuk cili

Biarkan selama 5 minit. Seterusnya, masukkan pula;

  • 1 sdb serbuk jintan manis
  • 1 sdb serbuk jintan putih
  • 1 sdk kaskas
  • 1 sdk garam masala
  • 2 sdb serbuk kacang badam

Kacau-kacau dan biarkan selama 15 minit lagi. Guna api perlahan saja. Masak sehingga cili dan bahan lain betoi-betoi masak. Kak Rose masak agak lama dengan api perlahan. Baru masukkan;

  • 1/2 cawan tomato sup
  • 3 sdb tomato puree.
  • 3 sdb susu pekat

Kacau semua, kemudian masukkan;

  • 1 kotak kecil santan kotak. Kalau tak suka santan, boleh guna susu cair 1 cawan.

Akhir sekali bila dah masak, hias dengan kacang peas, tomato daun ketumbar.

Nak Lagi Cepat, Boleh Guna Pes Ayam Masak Ros Ni >> KLIK DI SINI

Ayam Masak Ros Mamak Haji Kuah Pekat Sedap

Resepi Oleh: Makcik Ratu