Puding

Resepi Puding Buah Nangka

resepi-puding-buah-nangka

Resepi Puding Buah Nangka

Bahan-Bahan:

12 gram agar-agar tali
Buah nangka (dipotong dadu/dipotong kecil-kecil)
1 tin susu cair
4 cawan air
1/2 cawan gula merah
Sedikit gula batu (tak letak pun takpe)
2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara Menyediakannya:

1. Buah nangka dipotong dadu atau dipotong kecil-kecil dan letakkan di dalam loyang/acuan.

2. Gula merah dimasak dengan 1 cawan air dan daun pandan yang disimpul hingga gula larut dan mendidih. Tutup api dan tapis ke dalam satu bekas. Ketepikan.

3. Agar-agar dibersihkan dan masak dalam periuk dengan 3 cawan air sehingga agar-agar larut dan mendidih.

4. Masukkan air gula merah yang telah ditapis tadi. Kacau rata. Masukkan susu cair dan secubit garam. Kacau-kacau sehingga mendidih. Tutup api.

5. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang/acuan yang telah diletak potongan buah nangka tadi. Sejukkan. Kalau nak cepat sejuk, loyang/acuan dialas dengan bekas atau dulang yang diisi dengan air.

6. Bila telah sejuk, baru simpan dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resepi Oleh: Hamidah HA – MAHN