Resepi Mini Roll Cake Mudah
Bahan-Bahan:
- 3 biji telur
- 100g gula pasir
- 1 tsp Cake Emulsifier (boleh guna ovalete)
- 94g tepung kek
- 1 tbsp serbuk susu
- 120ml minyak
Cara Buat:
1. Panaskan pengukus, pastikan ukuran loyang muat. Sediakan loyang yang sudah di alas dengan kertas baking dan di sapu sedikit dengan marjerin
2. Pukul menggunakan mixer kelajuan tinggi telur, gula dan emulsifier sampai kembang dan pekat.
3. Turunkan kelajuan mixer dan masukkan tepung dan serbuk susu gaul hingga sebati. Lastly, Masukkan minyak dan gaul menggunakan spatula hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut bilangan warna yang di kehendaki (saya menggunakan 4 warna). Kukus warna pertama 5-7 minit. Tindihkan dengan warna kedua dan kukus lagi 5-7 minit sehinggalah warna yang terakhir kukus 15 minit.
5. Angkat, tunggu sehingga suam-suam baru keluarkan dari loyang. Hiris tipis-tipis dan sapukan buttercream, gulung dan padatkan. ( gulung sewaktu masih suam-suam lagi). Siap dan sedia untuk di sajikan.

Resepi Oleh: Noriah Abas