Resepi Kuih Boko atau Beke Ubi Kayu

Resepi Kuih Boko atau Beke Ubi Kayu

Hari ni ariana nak share cara ariana buat kuih traditional iaitu kuih boko atau beke ubi kayu. Caranya mungkin berbeza setiap orang. Bahagian bawah manis-manis ubi kayu, bahagian atas rasa lemak-lemak masin santan.

Bahan-Bahan:

  • 5 cawan @ 500g ubi kayu (yang telah diparut)
  • 4 cawan air
  • 4 cawan gula merah
  • 1 sudu besar gula biasa (boleh tambah lagi jika suka manis)
  • 3 helai daun pandan
  • 5 cawan santan pekat (500ml santan kara + 500ml air)
  • 1sk gula biasa
  • 2sk garam
  • 3 sudu besar tepung beras

Nota: Kuantiti 500ml santan kara, sama dengan 2 1/2 cawan yang ariana guna. Ariana hanya tambah 2 1/2 cawan air lagi.

Cara Membuat:

1. Mula-mula ariana akan masak dulu air gula merah. Masukkan air, daun pandan, gula merah dan gula biasa. Kacau sehingga gula hancur dan sebati. Tutup api dan biarkan sejuk dulu.

2. Sementara tunggu air gula merah sejuk, parut ubi kayu dahulu. Parut halus-halus. Lepas dah parut, perah air ubi kayu menggunakan tangan supaya ubi tak rasa pahit.

3. Masukkan ubi kayu ke dalam mangkuk. Tapis gula merah yang telah sejuk tadi ke dalam mangkuk ubi kayu. Kacau sehingga sebati.

4. Seterusnya, masukkan ubi kayu ke dalam loyang atau bekas plastik. Letak adunan 1/2 daripada bekas. Ratakan ubi kayu dalam bekas supaya sekata. Tutup bekas dengan penutup dan kukus selama 25-30 minit.

5. Bila dah masak sejukkan dulu. Sementara tunggu kuih sejuk, buat lapisan atas pulak. Masukkan santan, gula, garam dan tepung beras ke dalam periuk. Kacau sehingga adunan sebati dan sedikit pekat.

6. Tapis adunan putih ke dalam bekas ubi kayu tadi dan kukus semula selama 5-10 minit. Sekiranya tak nak kukus semula, boleh masak adunan sehingga pekat. Jika suka cair, tak perlu kukus jugak. Bila dah sejuk bolehlah ngap.

Boleh Guna Loyang 10 Inci Macam Ni Baru Kuih Senang Dipotong >> KLIK DI SINI

Resepi Kuih Boko atau Beke Ubi Kayu

Resipi Oleh: Ariana Sofia Ahmad