Resipi Kerutuk Telur dan Ayam Masak Merah

Resipi Kerutuk Telur dan Ayam Masak Merah

Resipi Kerutuk ni memang popular sebelah pantai timur. Ning abam buat sarapan dengan geng-geng office. Kerutuk ni sedap juga dimakan dengan nasi putih atau nasi berperisa. Selamat Mencuba. Disertakan juga resipi ayam masak merah.

Bahan-Bahan:

  • Telur Ayam 30 biji
  • Rempah kerutuk 4 sb

Bahan Kisar Halus:

  • Bwg besar 2 biji
  • Bwg merah kecil 8 biji
  • Bwg putih 4 ulas
  • Halia 1 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Kunyit hidup 1 inci

Bahan Tumis:

  • Rempah 4 skwan
  • Minyak masak untuk menumis
  • Bwg besar 1 biji dan bwg merah 2 biji dimayang
  • Cili boh 2 sudu besar

Bahan Lain:

  • Santan Kara 1 kotak kecil 200ml
  • Kerisik 3 sb
  • Nisang 1 kerek besar
  • Garam secukup rasa
  • Air Asam jawa 1 mangkuk kecil
  • Lada besar merah dan hijau 5 biji (dibelah 2 atau potong)
  • Bwg holland besar 1 biji (dibelah)

Cara Memasak:

1. Tumis 4 sekwan hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan bawang yang dimayang dan tumis lagi hingga garing. Masukkan bahan kisar halus, tumis hingga naik bau dan masak cili serta pecah minyaknya.

2. Masukkan rempah, tumis hingga sebati dan pecah minyak. Masukkan 1 cawan air, tumis lagi hingga mendidih. Masukkan santan pekat, kacau sebati, masukkan gula melaka dan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat. Masukkan telur ayam dan gaul rata.

3. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Renehkan dengan api kecil dalam 20 minit lagi hingga kuah pekat. Masukkan lada besar dan bawang holland. Kacau, dah siap dan tutup api.

Resipi Kerutuk Telur dan Ayam Masak Merah

Bahan Ayam Masak Merah:

  • Ayam 7.5 kg (dibersihkan, dilumur garam dan kunyit dan digoreng hingga separuh masak atau masak sepenuhnya)

Bahan Tumis:

  • rempah 4 sekawan
  • cili boh 1 1/2 pek
  • serai 4 btg diketuk
  • daun kari 2 pelepah
  • bwg besar 1 biji dimayang
  • bwg putih 4 ulas dimayang

Bahan Kisar:

  • bawang besar 3 biji
  • bwg merah 12 biji
  • halia 2 inci
  • bwg putih 4 ulas
  • Lada merah 2 biji untuk hiasan
  • Tomato segar 2 biji (dipotong)
  • Tomato puri 1/2 tin kecil
  • Sos tomato 3 sb
  • Sos cili 5 sb
  • Sos tiram 1 sb
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Kacang pis hijau 1 tin besar
  • Bawang holland 2 biji dipotong bulat untuk hiasan

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan bahan kisar, kacau sebati, dan tumis hingga pecah minyak lagi. Masukkan rempah 4 sekawan, tomato puri dan segala jenis sos.

2. Masukkan ayam yang sudah digoreng, masukkan kacang pis, cili merah dan tomato. Masak hingga kuah pekat, masukkan garam dan gula serta perasa. Akhir sekali, masukkan bawang holland untuk hiasan. Siap. Boleh dimakan dengan Nasi Minyak Hujan Panas.

Ramai Yang Dah Cuba Daging Dendeng Ni Juga, Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Resipi Kerutuk Telur dan Ayam Masak Merah

Resepi Oleh: Muliadi Ramli