
Resepi Apam Kampung Gula Merah
Bahan A:
- 1/2 cwn gula merah*
- 1/2 cwn gula pasir*
- 2 1/4 cwn air*
- 2 helai daun pandan*
*Dimasak dan sejukkan, tapiskan
Bahan B:
- 11gm yis mauripan
- 1/2 cwn air suam
- 1 sudu kecil gula halus
Bahan C:
- 4 cwn tepung gandum
- secubit garam
Cara-Cara:
1. Masak bahan-bahan A bertanda (*) hingga gula larut, tapiskan dan sejukkan. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Satukan bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah sejuk tadi (Kacau guna whisk je hingga sebati).
3. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
4. Lenserkan loyang 10x10x3 inci dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit.
5. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong dengan menggunakan pisau tajam dengan cara sepertt gergaji ke depan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
6. Sedap dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.
Siap apam kampung gula merah, boleh cuba juga resepi apam solo inti kelapa.

Resepi Oleh: Aznie Khasri