Begedil, Daging

Resepi Begedil Daging

resepi-begedil-daging

Resepi Begedil Daging

Bahan-Bahan:

1 kilo kentang (dikupas kulitnya, dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dengan sedikit garam hingga kering)
2 biji putih telur (masukkan sedikit garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.

2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam. Gaul hingga rata dan sebati.

4. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dengan putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

5. Goreng sehingga garing atau kuning keemasan. Angkat dan toskan.

begedil-daging