Resepi Ketam Masak Lemak Dengan Nenas Terangkat

Resepi Ketam Masak Lemak Dengan Nenas Terangkat

Jom kita masak makanan kampung pulak. Resepi ni simple tapi sangat tapi sedap. Tapi, kena pastikan korang tahu nak siang ketam. Boleh check out kat youtube. Jom kita check bahan-bahannya.

Bahan-Bahan:

  • 8 ekor ketam
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia
  • 3-4 ketul kunyit
  • 4-5 biji bawang merah
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 biji nenas kecil
  • 1 kotak santan
  • Cili padi ikit tahap kepedasan

Cara Memasak:

1. Kisar bawang merah, halia, cili padi dan kunyit. Panaskan minyak. Tumis serai yang dah diketuk. Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai pecah minyak.

2. Masukkan ketam dan nenas. Kemudian masukkan air, agak-agak sampai ketam tenggelam. Kemudian, masukkan sikit santan dulu.

3. Biarkan hingga mendidih. Agak-agak dalam 10-15 minit camtu. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Then matikan api. Masukkan baki santan tadi. Siap.

Resepi Ketam Masak Lemak Dengan Nenas Terangkat

Resepi Oleh: Asrinna Bakri