Roti

Resepi Korean Cheese Garlic Bread

resepi-korean-cheese-garlic-bread

Resepi Korean Cheese Garlic Bread

Malam ni berkorean la kita anak beranak ye. Tak rajin tak larat pun kena buat jugak, tekak melayu ubah la sikit rasa.

Bahan-Bahan Roti:

  • 500gm tepung roti
  • 75gm gula
  • 1 paket yis (11gm)
  • 120gm susu segar sejuk (dari peti ais)
  • 140gm air sejuk (dari peti ais)
  • 80gm mentega/marjerin
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan-Bahan Butter Garlic Sauce:

  • 200gm mentega
  • 1 biji telur
  • 40gm whipping cream/susu segar
  • 2 sudu besar mayonis
  • 8 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 3 sudu besar daun parsley kering
  • 3 sudu besar cili flakes

Bahan-Bahan Cream Cheese:

  • 300gm cream cheese

Cara-caranya:

Sediakan Roti –

1. Saya guna BM (bread maker), satukan semua bahan set putar doh, biarkan BM bekerja hingga BM berhenti lebih kurang 20 minit.

2. Terus timbang doh 65gm atau 70gm, bulat/rounding kemas letak atas loyang yang telah disapu sedikit mentega biarkan doh rehat naik dua kali ganda.

3. Bakar suhu 170 selama 20 minit atau hingga masak bergantung oven masing-masing.

Sediakan Butter Garlic Sauce –

4. Cairkan mentega, kemudian satukan semua bahan kacau sebati dan ketepikan dahulu.

Sediakan Cream Cheese – ini cara saya

5. Pukul cream cheese hingga gebu berkrim masukkan ke dalam piping bag, gunting hujungnya.

Step seterusnya:

6. Ambil roti yang telah siap dibakar tadi, guna pisau bergerigi untuk dapat belahan yang sharp, belah kepada empat bahagian atau enam bahagian ikut saiz roti dan citarasa. Jangan belah sampai putus.

7. Pipe cream cheese di tengah, di celah belahan roti, kemudian siram atau celup roti ke dalam butter garlic sauce.

8. Lapik loyang dengan baking paper, susun roti tadi bakar lagi sekali pada suhu 150 selama 15 minit atau nak tahu roti sudah masak ke belum timbul bau garlic yang sangat harum dan lelehan mentega kelihatan keperangan. Siap sedia dinikmati.

Nota:

  • Resipi cream cheese yang asal manis ada add in gula. Saya tak letak tekak orang melayu tak boleh terima, so buat cara saya.
  • Roti ni ada rasa cream cheese original rasa yang asal, ada pedas sebab cili flakes tu kita buat sendiri, roti tu pula dah siap ada rasa lemak-lemak manis masin sikit. Bila makan anak-anak saya letak cili sos macam pizza. Memang mantop dorang suka sangat.
Resepi Korean Cheese Garlic Bread

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish