Dulu dulu, pantang kalau nampak roti ala ala pizza ni kat bakeri. Tangan mesti gatal nak beli. Ye la, nak buat sendiri tak reti. Rasa macam orang yang ada skill jek yang boleh buat macam ni.
Rupanya, nampaknya jek susah. Padahal senang yakmat lahai. Pasni sapa yang suka makan roti gini, buat jek la sendiri. Buat dia pun kejap jek tau. Sapa nak cuba, meh kak Bib share resepi.
Resepi Roti Sosej Ala Pizza
Bahan-Bahan Roti:
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1 biji telur grade B, pecahkan, kacau sedikit
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam
Bahan-Bahan Hiasan:
10 batang sosej, celur sekejap, tos, sejukkan dan lap kering.
Mayonnaise, untuk hiasan
Sos tomato, untuk hiasan
Mix vege (karot, kacang pis, jagung), untuk hiasan
1. Masukkan yeast dalam bekas dengan 10 gram gula halus dan air suam. Kacau rata dan biar hingga berbuih. Sementara itu, gaul tepung, baki gula halus, bread improver, baki garam halus dan susu tepung hingga rata, buat lubang di tengah tengah bancuhan tepung. Tuang telur dan bancuhan yeast yang telah berbuih tadi, gaul perlahan lahan hingga jadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal. Uli 20 minit tanpa Hentian. Kalau terlalu lembik, tambah lagi sikit tepung.
2. Bulatkan doh, letak dalam bekas dan tutup, biar hingga 1 jam atau lebih.
3. Tabur sedikit tepung pada papan pencanai, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian sama besar (timbang 50 gram sebiji). Bulat-bulatkan dan ketepikan. Ambil 1 bahagian, leperkan sedikit dan canai memanjang sehingga mendapat ukuran sama dengan panjang sosej. Balutkan sosej tadi dengan doh roti. Kemaskan doh.
4. Letak doh atas dulang pembakar yang disapu butter, kelar sosej hingga putus pada 8-9 bahagian, kemudian tolak 1 keratan ke kanan dan 1 keratan ke kiri, buat hingga siap. Kemaskan. Biar kan roti naik hingga 2 kali ganda.
5. Paipkan sos tomato dan diikuti mayonnaise. Tabur dengan mix vege, rata rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160’c selama 15-20 minit atau hingga masak. Bila dah masak, sapu sedikit butter untuk kilat kan roti. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!!.
Resepi Oleh: Habibah Badar Bajrai