Sambal Bilis Garing Satu Lauk Boleh Bertambah Nasi
Sekadar share resipi dengan kawan-kawan. Tak ada lauk pauk best-best pun berselera makan dengan sambal bilis garing, paling surprise bebudak ni dari mengelak makan bawang. Bila buat macam ni habis ngap tak tinggal sisa pulak, makan tak boleh berhenti.
Bahan-Bahan:
- 20 biji bawang kecil ros merah
- 2 labu bawang putih
- 50gm cili kering – potong serong buang biji
- 2 cawan ikan bilis
Bahan Perasa:
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu besar maggi cukup rasa
- 1/4 sudu kecil garam halus
Cara Membuat:
1. Buang kulit bawang, bersihkan bahan-bahan lain juga dan toskan supaya kering. Sagat atau hiris bawang merah dan bawang putih. Letak sedikit garam gaul rata. Jika suka, letak sedikit tepung beras.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan bilis. Kemudian, angkat dan toskan minyak, ketepikan. Seterusnya, goreng ke dua jenis bawang, angkat dan toskan minyak. Diikuti cili kering goreng rangup tetapi jangan hangit.
3. Sediakan pengisar kering, satukan semua bahan yang digoreng tadi bersama dengan bahan perasa. Kisar jangan hancur halus sangat. Boleh guna cara teknik kisar, berhenti, kisar, dan berhenti.
4. Akhir sekali, masukkan lagi 1/2 sudu besar gula halus gaul hingga sebati, siap. Boleh simpan di dalam bekas yang bertutup.
Guna Ikan Bilis Premium Gred 5A Ni Baru Lebih Rangup >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish