Roti

Resepi Roti Butter Sugar Bun

resepi-roti-butter-sugar-bun

Resepi Roti Butter Sugar Bun

Bahan-Bahan:

500g tepung gandum/tepung roti
2 sudu besar susu tepung
200ml air suam/susu suam
1 peket yis mauripan (11g)
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat
2 biji telur (1 biji utk roti, 1 biji untuk eggwash)
1 sudu besar shortening (lemak sayur)
2 sudu besar marjerin
Buttercup n Gula (hiasan)

Cara Masak:

1. Satukan Air suam + gula pasir + susu pekat + yis dalam satu bekas, kacau rata dan biarkan mengembang 10-15 minit.

2. Campurkan tepung gandum + susu tepung dalam satu bekas lain. Bila yis yang dah kembang setaman, masukkan 1 biji telur, kacau rata bagi sebati.

3. Tuangkan yis + telur ke dalam tepung, bolehla start sinsing lengan dan uli sampai sebati yeahh!! (Time ni tepung agak kering).

4. Last sekali masukkan 1 sudu besar shortening dan 2 sudu besar marjerin, uli sampai licin atau elastik (masa mula-mula adunan tepung agak berminyak, jangan risau uli jek, lama-lama dia akan sebati dan cantik).

5. Biarkan adunan kembang sekali ganda 30-45 minit (lagi panas tempat tu lagi cepat kembang, jangan pi letak atas dapor pastu bukak api, memang saje cari pasal).

Cuba Resepi Ni:  Bun Sardin Dengan Taburan Cheese dan Bijan

6. Dah kembang tumbuk adunan untuk keluarkan udara pastu bolehla timbang, saya timbang 30g. Bulat-bulatkan sampai habis, tutup dengan kain lembap (supaya tak kering), biarkan naik lagi.

7. Sebelum bakar, sapukan eggwash (1 biji telur + 1 sudu besar air, pukul). Barula cantik. Gunting permukaan doh, selitkan butter dan tabur Gula.

8. Bakar 170°c = 20 minit (ikut oven). Bila dah masak bolehla sapukan butter cair supaya cantik berkilat.

Resepi Roti Butter Sugar Bun

Resepi Oleh:  Rohaidah Haron