Resepi Hyderabadi Masala Chicken Rasa Berempah dan Sedap
Ni lauk masakan India tapi tak terlalu berempah. Rasa rempah dia light light jek. Makan dengan nasi sedap, cicah roti pun lazat. Walaupun rasa rempah dia tak kuat, tapi bau dia wangi sesangat tau.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam dipotong 10
- 2 biji bawang besar (1 biji jadikan bawang goreng, 1 biji lagi untuk rencah)
- 8 batang lada kering
- 4 sudu teh ketumbar biji
- 2 sudu teh jintan putih
- 2 sudu teh halia kisar
- 1/2 sudu teh serbuk garam masala
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 200ml yogurt
- 1 sudu teh kashmiri chili powder (Kalau takde, belasah jek serbuk cili biasa)
Cara Memasak:
1. Ramas bawang goreng. Gaulkan bawang goreng, yogurt, halia dan garam. Biarkan anggaran 1 jam. Sangai lada kering, ketumbar dan jintan putih sampai naik bau. Kisar rempah ni dengan bawang dan serbuk kunyit. Jadikan paste.
2. Panaskan minyak, masukkan paste. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Biar dalam 10 minit. Masukkan serbuk cili. Masak lagi dalam 10 minit. Masukkan garam masala, tambah sikit air.
3. Masak sampai ayam tu bebetul masak. Pekat lauk ni kita adjust jek sendiri. Nak pekat macam rendang boleh, nak berkuah sikit pun boleh. Sedap woih! Jangan lupa cuba Ok!.
4. Nama dia memang Hyderabadi. Tu nama tempat kat India. Jangan risau aih. Takde kena mengena langsung dengan badi.
Sukan Masakan Pedas? Cuba Sambal Hijau Minang Ni. Memang Bertambah Nasi >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Habibah Badar Bajrai