Roti

Resepi Pratha Inti Ayam Cendawan

resepi-pratha-inti-ayam-cendawan

Resepi Pratha Inti Ayam Cendawan

Bahan-Bahan: 16 Keping

  • 8 kpg pratha segera
  • 1 bj telur kuning

Bahan Inti –

  • 3 kpg patty ayam/ayam kisar
  • 1 tin sup cendawan
  • 1/2 biji bwg besar didadu
  • 2 ulas bwg putih di cincang
  • 1 tin cendawan butang hiris kecil
  • 1 btg carrot dadu kecil
  • 1 sdm butter
  • 1 gelas air
  • 125g yogurt/fresh milk
  • Salt and pepper to taste

Cara Memasak:

1. Inti; Panaskan butter, tumis bawang besar hingga layu dan masukkan bawang putih dann tumis hingga wangi.

2. Masukkan ayam dan kacau hingga masak keperangan. Masukkan hirisan cendawan dan carrot.

3. Bila cendawan dan carrot layu, masukkan sup cendawan dan air. Biarkan sup cendawan menjadi pekat dan masukkan yogurt kacau sebati.

4. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Bila inti masak, sejukkan dan inti akan menjadi pekat. Bila inti dah sejuk gaulkan mozzarella.

5. Bentangkan sekeping pratha. Jika melekat-lekat taburkan tepung dipermukaan pratha. Sudukan inti. Tutup inti dengan sekeping lagi pratha dan potong menjadi 4.

6. Sapukan kuning telur dan cucuk-cucuk dengan garfu di permukaan pratha. Airfryer at 180c selama 15 minit atau hingga masak. Jika guna oven bakar pada suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak keperangan.

  • Boleh tambah mix vege atau guna pastry puff.
Resepi Pratha Inti Ayam Cendawan

Resepi Oleh: Keroroyz Royz