Ayam

Cara Buat Ayam Goreng Berempah Serdak Meriah

cara-buat-ayam-goreng-berempah-serdak-meriah

Cara Buat Ayam Goreng Berempah Serdak Meriah

Ayam Berempah Serdak Meriah n The Geng ala-ala Nasi Kukus.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam besar potong 4 atau ikut suka
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil paprika/serbuk cili
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sdb secukup rasa Maggi – Kalau garam kurangkan sikit sebab lagi lama perap lagi masin.
  • 1 biji telo
  • 5 sdb tepung jagung/tepung ubi – mana yang ada

Bahan Kisar:

  • 9 ruas jari halia halia muda
  • 10 ulas bawang merah
  • 8 batang serai
  • 6 ulas bawang putih
  • Daun kari

Cara Memasak:

1. Gaul ayam dengan semua bahan kisar dan bahan lainnya. Gaul dan perap sejam dua. Sebelum menggoreng tapis ayam untuk buang air kisaran yang tertinggal.

2. Goreng ayam dengan api perlahan dan minyak yang panas dan banyak. Serdak-serdak tu (bahan perapan yang masih ada) goreng di akhir goreng ayam. Angkat dan toskan.

3. Begitu juga dengan daun kari, boleh goreng pada peringkat akhir sekali. Tabur seredak ke atas ayam.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Goreng Tom Yam

Nota: Oleh kerana ayam harini agak besar, potong 4 proses menggoreng agak lama (anak-anak tak suka kalau ayam masih ada darah di dalam) sebab tu agak gelap gitew.

Cara Buat Ayam Goreng Berempah Serdak Meriah

Resepi Oleh: Makcik Ratu