
Resepi Isi Ketam Sambal Tumis
Bahan-Bahan:
Ketam (rebus dgn air, garam dan serai, kemudian ambil isi sahaja)
Cili kering + Bawang merah kisar
Bawang putih ketuk
Bawang besar hiris
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Garam
Gula
Air rebusan ketam
Cara Masak:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih yg diketuk. Bila dah agak garing masukkan cili kisar dan bawang merah kisar, tumis sehingga masak.
2. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Masukkan air rebusan ketam dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula.
3. Masukkan bawang besar yang dihiris, masukkan isi ketam dan gaul sehingga rata. Tutup api, siap. Resepi tak ada sukatan sebab saya jenis masak memang tak sukat, pakai agak-agak je.
Resepi Oleh: Akma Abdullah