Snek, snek

Resepi Kerepek Bantal Popia Inti Ayam

resepi-kerepek-bantal-popia-inti-ayam

Resepi Kerepek Bantal Popia Inti Ayam

Bahan-Bahan:

1 paket ayam kisar Ramly
1 biji bwng besar – Potong dadu
3 ulas bwng putih – cincang
1 mangkuk kecik daun bawang
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit garam dan lada sulah

Cara Membuat:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam kisar, kiub pati ayam, sedikit garam dan lada sulah.

2. Bila inti dah masak, taburkn daun bawang. Angkat dan biarkan inti sejuk seketika.

3. Bila inti dah sejuk, ambil 1/2 sudu kecik inti dan letakkan atas kulit popia size kecik dan lipat jadikan bentuk 4 segi.

4. Lekatkan lipatan kulit popia dengan air atau bancuhan tepung dengan air.

5. Goreng kerepek popia dengan api yang kecik atau sederhana untuk elak kerepek pecah. Goreng hingga garing. Angkat dan hidangkan.

Kredit: Mazliza Ahmad