
Resepi Ais Krim Coklat Magnum Salut Kacang
Bahan-Bahan:
500ml whipped dairy cream
400ml susu cair full cream
200g dark cooking chocolate – potong dadu
50g dark cooking chocolate – cairkan
150g gula pasir
50 gram coklat
4 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanila
Sediakan kacang cincang sebagai topping
Cara Membuat:
1. Masukkan susu cair bersama dengan vanila ke dalam periuk, masak dengan menggunakan api kecil. Tambahkan coklat cair sedikit demi sedikit sambil terus di kacau supaya coklat larut. Biarkan sampai mendidih kemudian angkat.
2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama dengan gula pasir sampai kembang. Tuang sedikit demi sedikit susu yang telah dimasak ke dalam pukulan telur tadi. Pastikan seluruh bahan sebati, kemudian masak sekali lagi atas dapur dengan api sederhana hingga adunan susu telur menjadi pekat. Angkat dan biarkan seketika.
3. Dalam periuk yang lain, masak whipped dairy cream sampai mendidih. Kemudian, masukkan dark cooking chocolate sedikit demi sedikit sambil terus dikacau. Masak hingga coklat larut bersama dengan krim. Lalu Angkat.
4. Tuangkan adunan susu telur kedalam campuran krim coklat sedikit demi sedikit sambil terus kacau. Jika perlu, pakailah mixer supaya kedua adunan sebati dengan sempurna.
5. Ambil bekas agar-agar atau bekas ais krim stik, tuang adunan ais krim ke dalam bekas. Ambil stik ais krim serta letakkan di tengah-tengah lubang setiap bekas. Setelah itu, masukkan dalam peti sejuk.
6. Sesudah padat serta beku, keluarkan ais krim dari bekas tersebut dan celupkan ke dalam dark cooking chocolate yang sudah dicairkan tadi. Kemudian, taburkan dengan kacang cincang.
7. Masukkan kembali ke dalam peti sejuk supaya lapisan coklatnya mengeras. Hidangkan.
Resepi Oleh : SA Ahnaf