
Resepi Sotong Masak Sambal Kari
Bahan-Bahan:
8 ekor sotong segar besar
4 sb cili kisar
2 sb rempah kari ikan
1 batang serai diketuk
Air asam jawa
Garam & gula
5 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Rebus sotong seketika tanpa air untuk mengeluarkan cecair sotong.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari yang dibancuh sedikit air serta daun kari.
4. Tumis hingga pecah minyak. Tuangkan sedikit air asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan sotong, gaul balikkan hingga sebati. Jangan terlalu lama takut sotong jadi liat. Angkat dan hidangkan.