Snek, snek

Resepi Kerepek Popia Pedas

resepi-kerepek-popia-pedas

Resepi Kerepek Popia Pedas

Bahan-Bahan:

1 paket kulit popia saiz besar
1 biji telur
5 sudu makan gula
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh garam
minyak

Bahan Kisar –

20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu makan udang kering

Cara Membuat:

1. Gulung kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan telur.

2. Gunting ikut citarasa masing-masing.

3. Goreng hingga kuning keemasan dan toskan.

4. Ambil 4 sudu makan minyak bekas gorengan kulit popia tadi dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana panas.

5. Tambahkan pati asam jawa, gula dan garam. Masak sehingga terbit minyak.

6. Masukkan kerepek popia dan gaul rata.

7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Oleh: Hairul Nizam Ijam‎ – MAHN