Kerabu, Makanan Laut

Resepi Kerabu Sotong Dengan Sayuran Segar

resepi-kerabu-sotong-dengan-sayuran-segar

Resepi Kerabu Sotong Dengan Sayuran Segar

Hari ini kita masak kerabu sotong. Kebetulan, dah ada stok sotong dalam peti, cuma tambah sayur-sayur yang segar je. Korang patut cuba sebab senang je nak buatnya.

Bahan-Bahan:

  • 6 ekor sotong saiz sederhana
  • 2 biji buah pelam muda – diracik halus
  • 1 batang daun ketumbar – dihiris kasar
  • 1/2 bjiji bawang besar merah – dihiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holland – dihiris nipis
  • 1 biji cili merah/4 tangkai cili padi merah – dihiris
  • 1 biji cili hijau/4 tangkai cili padi hijau
  • 10 biji tomato ceri – dibelah dua
  • 1 peket kecil suhun

Bahan sos:

  • 3 susu besar sos ikan
  • 1 1/2 sudu besar gula perang
  • 2 biji limau nipis – diambil jus

Cara Membuat:

1. Panaskan air sehingga mendidih, kemudian celurkan sotong dalam 5 minit. Angkat dan toskan, supaya dapatkan keringkan sotong. Di dalam air rebusan yang sama celurkan suhun sehingga lembut. Angkat dan toskan.

2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar, supaya mudah dikacau. Bahan sos disatukan dan dituangkan ke dalam bekas. Kemudian, rasa dan sesuaikan mengikut selera manis, masam, masin dan pedasnya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Udang

3. Siap dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Kerabu Sotong Dengan Sayuran Segar

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar