Resipi Kerabu Mee Segera Tom Yam Siam
Mak mertua beri saya mee segera jenama dari Siam. Saya tak boleh makan disebabkan gastrik, jadi saya masak terus jadikan kerabu buat minum petang untuk staf di tempat kerja suami.
Bahan-Bahan:
- Empat bungkus mee segera Siam, perisa Tom Yam. Halal cop Thailand.
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula putih/perang
- 1 sudu kecil pes asam jawa
Bahan Lain:
- Filamen ketam (direbus)
- Hirisan bawang merah
- Hirisan Lada kecik hijau
- Hirisan tomato
- Hirisan lobak merah
- Hirisan daun ketumbar
- Daun salad
Cara Membuat:
1. Mee direbus dalam air mendidih selama 3 minit. Angkat dan toskan. Saya rebus mee segera ni selepas bahan sonya sudah sedia ya. Campurkan kesemua serbuk perasa dan minyak yang disediakan ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan 2 sudu besar sos ikan (jangan campur garam dah ya). Masukkan 2 sudu besar gula putih atau boleh gunakan gula perang dan sesudu kecil pes asam jawa.
3. Masukkan sedikit perahan jus limau nipis. Disebabkan saya terlupa beli limau nipis, saya cuma guna jus pati limau nipis di dalam botol. Untuk rasa yg lebih umpph, saya cadangkan guna perahan jus limau yang betul.
4. Seterusnya, boleh masukkan hirisan bawang merah, lada kecik hijau dan tomato yang dipotong kecil. Kemudian, gaul bahan sehingga sebati. Masukkan mee segera yang telah direbus tadi. Gaul lagi sehingga semua sebati.
5. Kemudian masukkan filamen ketam (direbus), daun salad, dan hirisan lobak merah. Untuk tambahan lagi sedap, boleh campur hirisan daun ketumbar. Siap, boleh dimakan begitu sahaja.
Guna Mee Segera Tom Yam Siam Macam Ni Baru Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Zurina Zulkefli


