Ayam

Resepi Mudah Ayam Paratel Mak Mertua

resepi-mudah-ayam-paratel-mak-mertua

Resepi Mudah Ayam Paratel Mak Mertua

Ayam Paratel ni Mak Mertua yang ajar. Senang sangat nak masak dia, tak payah duk goreng ayam pun. Tapi sedap, gu dengan Rassam lagi mantap.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kepak ayam – potong kecil
  • Kentang – ikut suka nak banyak mana
  • 1 biji Tomato – dipotong dadu
  • 1 biji cili hijau – dihiris
  • Daun ketumbar – untuk hiasan (optional)
  • Bawang besar – dihiris nipis
  • Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  • Daun kari
  • Serbuk cili Hexa
  • 1sk serbuk jintan manis
  • 1sk serbuk jintan putih
  • 1sk serbuk ketumbar

Bahan Blend:

  • 1 biji Bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan Bawang. Goreng hingga kekuningan. Masukkan daun kari dan bahan blend, goreng sebentar.

2. Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, serbuk cili dan sedikit air. Kacau rata dan masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, tomato dan cili hijau, gaul rata. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang serta ayam lembut dan sambalnya pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tortilla Ayam Panggang

4. Perasakan, tabur daun ketumbar dan dah siapp. Dah alihkan ke mangkuk, bekas sambal dalam kuali jangan basuh dulu, boleh masukkan nasi dan gaul rataa. Sedap!.

Resepi Mudah Ayam Paratel Mak Mertua

Resepi Oleh: Haslinda Hashim