Resepi Kerabu Perut Kelantan

Resepi Kerabu Perut Kelantan

Ramai ke peminat kerabu? Pernah cuba tak buat kerabu cara orang Kelantan?

Kerabu ni buat saya alah. Sampai teringat-ingat. 100% guna resepi mak. Makan ratah je pun boleh licin sepinggan.

Cubalah buat. Memang lain dari biasa. Haa tengok gambar pun dah boleh rasa lalu kat tekak ni. Ahaa sedap terukkk.

Bahan dan Cara Buat:

1. Bahan utama, mesti ada perut. Rebus perut dengan asam keping dan garam secukup rasa. Lepas empuk, boleh hiris nipis-nipis macam dalam gambar ye.

2. Bahan seterusnya, guna 15 batang kacang panjang. Juga 2 biji mangga lemak yang telah disagat. Ambil yang belum masak.

  • Boleh je guna kacang panjang sepenuhnya. Kena campur dengan sedikit daun kesum untuk menaikkan aromanya. Atau, kalau kat Kelantan guna buah machang pun boleh/buah beka (yang ni lagi sedap. Sebelum hiris nipis, kena layur atas bara api terlebih dahulu sehingga kulit luar hangus).

3. Satukan kacang dan mangga dalam bekas besar. Juga perut tadi. Masukkan juga isi 9 ekor ikan selayang/sardin sederhana besar yang sudah direbus. Seterusnya, 1/2 biji kelapa isi putih yang telah disangai dan dikisar separa halus.

4. Bahan kisar;

  • 6 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudip gula
  • secubir perisa Knorr

Kisar semua bahan dengan sedikit air rebusan perut tadi. Kuantiti garam gula bergantung kepada citarasa sendiri.

5. Tuang bahan kisar tadi dalam bekas. Masukkan santan pekat dari 1/2 biji kelapa. Boleh campur dengan sedikit air panas/panaskan seketika santan untuk tahan lama. Jangan sampai pecah minyak. Kemudian sejukkan sebelum dituang.

6. Masukkan juga 2 sudip air rebusan perut untuk menaikkan rasa. Perah sedikit asam limau. Nak lagi sedap guna asam limau kerat lentang. Kemudian, gaul sekata. Selepas rasa masam manis masin cukup, taburkan hirisan 2 batang cili merah tanpa biji dan 1 labu bawang besar Holland.

7. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!. Selepas siap, boleh masukkan kerabu dalam peti untuk kekalkan kesegaran santan tadi.

Resepi Kerabu Perut Kelantan

Resepi Oleh: Afy AL Habibi