Ais Krim

Resepi Aiskrim Meknum Malaysia Versi Bajet

resepi-aiskrim-meknum-malaysia-versi-bajet

Resepi Aiskrim Meknum Malaysia Versi Bajet

Bahan-Bahan Kisar:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat (saya kurangkan tak suka manis leting)
  • 1 s/besar ovelatte
  • 250gm coklat masakan (saya guna Beryls) dark choc – cairkan secara double boiler

Bahan lain:

  • Plastik aiskrim malaysia
  • piping bag
  • pembaris atau kad keras

Caranya:

1. Double boiler coklat hingga cair, biarkan suam. Masukkan semua bahan dalam blender kisar hingga halus 1-2 minit je. ketepikan.

2. Kemudian masukkan coklat cair ke dalam piping bag, gunting hujungnya.

3. Ambil satu plastik aiskrim, picit coklat kemudian guna kad keras atau pembaris, lurut rata coklat hingga ke bawah.

4. Akhir sekali, tuang sahaja aiskrim putih macam biasa, elok di dalam tu (Tak payah risau memang tak akan bercampur).

5. Simpul kemas, kemudian simpan dalam peti ice-box sejuk beku semalaman.

Nota:

  1. Coklat jangan nipis sangat nanti tak jadi meknum korang. Kalau tebal sangat tak ok nanti keras susah nak kokak.
  2. Nak sedap serupa orang kaya-kaya, korang boleh tukar guna Whipping Cream askrim putih – Ni citernya kalau korang ada bajet lebih.
  3. Aiskrim warna Pink tu memang super sedap 100% rasa strawberry. Beli aje di bakery coklat beryls taste strawberry, mudah koje.
  4. Korang TAK RAJIN korang tengok aje la eskrim ni sambil terliur.
Resepi Aiskrim Meknum Malaysia Versi Bajet

Resepi Oleh: Aleen Aireish