Ayam, Masakan Barat

Resepi Baked Mayo Chicken dan Black Pepper Mayo Gravy

resepi-baked-mayo-chicken-dan-black-pepper-mayo-gravy

Resepi Baked Mayo Chicken dan Black Pepper Mayo Gravy

Assalamualaikum semua. Malam ni saya nak share Resepi Black Pepper Mayo Gravy dan Oven Baked Mayo Chicken. Siapa yang ade banyak mayonnaise kat rumah boleh cuba resepi ni. Mudah dan sedap.

Untuk Ayam Bakar

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 3 – 4 biji kentang (potong 2)
  • 2 btg carrot (potong besar-besar)
  • 2 biji bawang besar (potong 4)
  • 3, 4 biji bawang putih (ketuk)
  • 2 btg serai (ketuk) saya blender
  • 5 – 6 sb mayonnaise (letak lebih lagi sedap)
  • 3 sb sos tomato
  • 3 sb kicap pekat manis
  • 3 sb sos cili
  • Sedikit Lada hitam
  • Sedikit garam

Cara Buat:

1. Gaul semua bahan, nak perap boleh, tak perap pun takpe. Sebelum masuk kedalam oven.

2. Tabur Sesame Oil dalam 2 sudu dan daun Rosemary. Bakar dengan suhu 180c atau ikut oven masing-masing selama 35-45 minit atau hingga masak.

Resepi Black Pepper Mayo Gravy

Bahan-Bahan:

  • 1 Biji bawang besar (di potong dadu)
  • 3 sb butter/margerine
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan air
  • 7 sb mayonnaise
  • 2 sb sos tiram atau 3 sb kicap manis
Cuba Resepi Ni:  Resepi Salmon Croquettes

Cara Buat:

1. Panaskan butter hingga cair, masukkan bawang, tumis hingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan tepung dan black pepper, kacau sebati kemudian masukkan air dan kacau lagi.

3. Akhir sekali masukkan mayonnaise, sos tiram atau kicap manis. Masak hingga pekat. Dah Siap!

Mayo gravy ni sedap dimakan bersama mash potato. Boleh juga tuang di atas salads, satay, daging bakar dan sebagainya.

Resepi Baked Mayo Chicken dan Black Pepper Mayo Gravy

Resepi Oleh: Ummu Naufal