Homemade Cinnamon Rolls Cream Cheese Icing
Jom kita minum petang. Hari ni kak lina buat Homemade Cinnamon Rolls, sedap sangat. Best when serve warm!
Homemade Cinnamon Rolls
Bahan-Bahan:
- 1 cawan susu suam
- 2 1/4 sudu kecil yis
- 1 biji telur grade A
- 2 sudu besar unsalted butter, cairkan
- 4 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam
- 3 cawan + 4 sudu besar tepung gandum/roti
Cara Membuat:
1. Dalam mixer masukkan 1 cawan susu suam, yis, 1 biji telur, 4 sudu besar gula, 1 sudu butter cair dan 1/2 sudu kecil garam. Putar sekejab sehingga sebati.
2. Masukkan 3 cawan tepung gandum putar lagi dan masukkan lebihan 4 sudu tepung tadi putar sehingga doh tidak melekat.
3. Keluarkan dari mixer pindahkan ke atas meja kerja yang bersih yang telah ditabur tepung dan uli dengan tangan sehingga sebati selama 3 minit.
4. Masukkan dalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap dan biarkan naik sehingga saiznya dua kali ganda selamat 1 jam.
5. Tabur sedikit tepung permukaan meja kerja yang bersih, keluarkan doh. Bentukkan doh sehingga menjadi bentuk rectangle saiz 17×10 inci persegi panjang. Sapu permukaan doh dengan butter lembut dan tabur kan campuran cinnamon dan gula.

6. Gulung dan sealkan hujung sekali dengan disapu air pada doh supaya melekat. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya.
7. Susun di dalam loyang 9 x 13” yang telah dilenser butter. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.
8. Panaskan oven pada suhu 170C, sapu butter cair dan bakar selama 20-22 minit atau sehingga keperangan.
9. Bolehlah dihidangkan semasa panas suam begitu sahaja atau di sapu dengan cream cheese icing.

Bahan Untuk Filling Cinnamon Rolls:
- 6 sudu besar unsalted butter, suhu bilik
- 1/4 cawan gula pasir
- 2 sudu besar serbuk kayu manis
+ Dalam mangkuk kecil, kacau bersama 1/4 cawan gula dan 2 sudu besar kayu manis, ketepikan.

Bahan Untuk Cream Cheese Icing:
- 4 sudu besar unsalted butter, suhu bilik
- 4 oz (115g) cream cheese, suhu bilik
- 1/2 sudu besar vanilla extract
- 1 cawan gula icing
+ Dalam mangkuk medium, guna hand mixer, krim kan semua bahan sehingga sebati.

Selamat mencuba Resepi Homemade Cinnamon Rolls Cream Cheese Icing.
Resepi Oleh: Lina Thomas