Resepi Kentang Ikan Bilis Cili Berempah

Resepi Kentang Ikan Bilis Cili Berempah

Bahan-Bahan:

  • Ikan bilis 1 cawan (dibasuh dan digoreng)
  • Ubi kentang 5 biji (hiris nipis)
  • Cili merah 1 (dibelah)
  • Cili hijau 1 (dibelah)
  • Bawang besar 1 (dihiris)
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • Daun kari 2 tangkai
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Cili kisar 5 sudu besar
  • Kicap Manis 3 sudu besar
  • Serbuk perasa
  • Gula

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup. Angkat dan ketepikan.

3. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, daun kari dan bawang besar sehingga naik bau.

4. Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk kari. Gaulkan sehingga sekata. Masukkan kicap, serbuk perasa dan gaulkan sebati.

5. Masukkan cili hijau, cili merah, ubi kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika. Siap untuk dihidang.

Resepi Kentang Ikan Bilis Cili Berempah

Resepi Oleh: Nurul Ateekah