Nasi Kentang Dengan Ayam Goreng Berempah Madu
Alhamdullilah sedap dan senang sangat nak masak NASI KENTANG. Belajar basic dulu lepas ni hari-hari boleh olah sendiri kalau nak masak nasi arab. Jom tengok resepi.
Resepi Nasi Kentang
Bahan-Bahan:
- 2 cawan beras basmathi (basuh bersih dan rendam 30 minit)
- 2 1/2 cawan air
- Rempah 4 sekawan
- 3 helai daun bay
- 1/2 sdb rempah kurma
- 1/2 sdb rempah sup
- 1/2 sdb garam masalla
- 2 sdb susu pekat
- 1 sdb mentega
- 2 sdb minyak sapi
- Garam secukup rasa
- Saffron/pewarna kuning telur
Bahan-Bahan Dihiris:
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 4-5 biji ubi kentang – dipotong dadu dan digoreng terlebih dulu
- Kismis
- Gajus
Cara Memasak:
1. Masak air dalam rice cooker hingga mendidih. Panaskan minyak sapi/mentega dlm periuk lain, tumis rempah 4 sekawan, daun bay dan bahan hiris hingga wangi. Masukkan kesemua jenis rempah dan tumis hingga rempah masak.
2. Kemudian masukkan beras dan goreng hingga beras nampak garing. Bila air dalam rice cooker tadi mendidih, masukkan beras, susu pekat dan sedikit garam.
3. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah kering titiskan pewarna atas nasi. Biarkan dalam 10 minit barulah digembur-gemburkan nasi tu.
4. Taburkan kismis, gajus dan kentang yang digoreng atas nasi. Renjiskan sedikit minyak sapi atas nasi sebelum dihidangkan.
Resepi Ayam Goreng Berempah Madu
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam
- 1/2 sdb serbuk cili kisar
- 1/2 sdb serbuk jintan putih
- 1/2 sdb serbuk jintan manis
- 1/2 sdb serbuk ketumbar
- 2 sdb madu
- Sedikit garam
- 1 inci halia
Cara Memasak:
1. Tumbuk halia hingga lumat dan gaul pada ayam bersama² semua bahan di atas. Perap selama 30 minit.
2. Rebus ayam dgn sedikit air hingga mendidih dan titiskan olive oil utk isi ayam kekal juicy. Angkat.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan, jgn terlalu garing sbb ayam dah masak. Hidangkan nasi kentang bersama-sama ayam goreng berempah madu.
Resepi Oleh: Rozmaliza Omar