Resepi Kek Triple Chocolate Mousse
Resepi untuk loyang 7 & 8 inci (Loyang Loose). Kalau kita tengok susah, maka susahla ia. Kena baca betul-betul. Konsep dia janji putar whipping cream sampai kental dan jangan masukan coklat time panas-panas. Senang ja, baca betul-betul okay. Saya karang panjang sikit sebab nak kasi detail bagi semua boleh buat resepi mr.ali ni. Sila ikot tips saya untuk hasil macam dalam gambar.
Bahan-Bahan:
Lapisan Pertama: Oreo Crust
- 60 gram butter yang dicairkan
- 160 gram oreo yang telah dihancurkan
Lapisan Kedua: Dark Chocolate Mousse
- 300 gram whipping cream dairy
- 150 dark chocolate
- 2 sudu makan serbuk koko
Lapisan Ketiga: Light Dark Chocolate Mousse
- 300 gram whipping cream dairy
- 100 dark chocolate
Lapisan Keempat: Vanilla Mousse
- 200 gram whipping cream dairy
- 2 sudu makan gula icing
- 1 sudu kecil vanila essen
Cara Membuat:
Lapisan Pertama: Oreo Crust
1. Gaulkan 60 gram butter yang dicairkan bersama 160 gram oreo yang telah dihancurkan. Bila dah sebati mampatkan dalam loyang 7 atau 8 inci. Letak dalam chiller sementara buat lapisan yang seterusnya.
Lapisan Kedua: Dark Chocolate Mousse
2. Cairkan dengan kaedah double boil atau pakai microwave 150 dark chocolate. Cairkan sahaja. tak perlu masuk apa-apa. Dah cair tutup api dan ketepikan. Bagi dia suam dalam 15 minit.
3. Sementara tu putar 300 gram whipping cream dairy. Nak lagi sedap dan hasil cantik pakailah Whipping cream anchor. Putar sampai kental. Ini penting kalau tak kental nanti tak menjadi kek hampa tau.
4. Campurkan whipping cream yang dah diputar tadi dengan dark chocolate yang kita dah cairkan tadi. Boleh pakai spatula Kaup balik je. ATAU pakai mixer pun boleh, asalkan jangan overbeat.
5. Then masukkan, 2 sudu makan serbuk koko. Then gaulkan lagi sampai semua sebati. Dah sebati masukkan ke dalam loyang atas oreo crumbs tadi ya. Sejukkan kejap sementara kita buat layer yang ketiga.
Lapisan Ketiga: Light Dark Chocolate Mousse
6. Sama sahaja cara dia. Cairkan dengan kaedah double boil atau pakai microwave 100 dark chocolate. Cairkan sahaja. tak perlu masuk apa-apa. Dah cair tutup api dan ketepikan. Bagi dia suam dalam 15 minit.
7. Sementara tu putar 300 gram whipping cream dairy. Putar sampai kental. Ini penting kalau tak kental nanti tak menjadi kek hampa tau.
8. Masukkan whipping cream yang dah diputar tadi dengan dark chocolate yang kita dah cairkan tadi. Boleh pakai spatula Kaup balik je. ATAU pakai mixer pun boleh, asalkan jangan overbeat.
9. Bila dah sebati, masukkan ke dalam loyang atas dark chocolate mousse tadi ya. Sejukkan kejap sementara kita buat layer yang keempat.
Lapisan Keempat: Vanilla Mousse
10. Putar 200 gram whipping cream dairy + 2 sudu makan gula icing + 1 sudu kecil vanilla essen. Putar sampai kental. Putar dalam bekas kecik je senang nak kembang sebab kuantiti dia tak banyak sangat.
11. Bila dah kental, masukkan ke dalam loyang atas light dark chocolate tadi. Sejukkan semalaman. Dah semalaman baru la tabur serbuk koko. Pakai penapis tau. Baru halus serbuk koko tu.
Nota:
- Tara dah siap. Nampak macam pakai gelatin kan tapi tak pun. Tahan sejam kat suhu bilik. Wajib simpan dalam chiller.
- Rasa dia pahit-pahit sikit sebab serbuk coklat dan disulami dengan rasa vanila, light, dark choc mousse then barulah manis-manis oreo crumbs tu. Perfect dan sejuk di tekak. Yang pasti hampa akan nak lagi dan lagi.
Tips: Nak senang cairkan siap-siap dark chocolate tu. Bahagian dua bekas siap-siap. JANGAN MASUKKAN CAIRAN COKLAT MASA DIA TENGAH PANAS KEDALAM WHIPPED CREAM. HABIS JAHANAM NANTI. Ingat kena bagi suam dulu dalam 15-20 minit.
Selamat mencuba resepi kek triple chocolate mousse tanpa menggunakan oven, dan tanpa gelatin.

Resepi Oleh: Muhammad Ali