Resepi Mousse Coklat Berkrim

Resepi Mousse Coklat Berkrim

Bahan-Bahan:

250gm coklat masakan (dark chocolate) | dicincang
500gm krim pekat | dipukul sedikit
100gm krim pekat (double cream)
65gm gula kastor
5 biji kuning telur
Parutan coklat masakan | hiasan

Cara Membuat:

1. Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang dan sebati dengan menggunakan hand whisk.

2. Kemudian masukkan bancuhan krim pekat dan coklat masakan yang dididihkan sehingga sebati. Kacau rata dan sejukkan.

3. Seterusnya masukkan pula 500gm krim pekat dan kaup balikkan.

4. Setelah itu, tuangkan adunan ke dalam acuan atau gelas bersesuaian. Sejukkan.

5. Akhir sekali, apabila mahu dihidangkan, letakkan sedikit krim putar dan hiaskan dengan parutan coklat masakan.

Mousse Coklat Berkrim