Laksa

Resepi Laksa Johor Enak Dengan Rasa Berempah

resepi-laksa-johor-enak-dengan-rasa-berempah

Resepi Laksa Johor Enak Dengan Rasa Berempah

Bahan Kuah:

  • 3 keping ikan tenggiri rebus ambil isi tumbuk/kisar, ketepikan air rebusan untuk kuah
  • 2 sdm udang kering direndam tumbuk/kisar
  • 3 sdm minyak masak untuk menumis
  • 1 cwn santan
  • 1 sdm kerisik
  • 5 kpg asam gelugor
  • Segenggam daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan dibelah 2/4
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis A:

  • 2 keping hirisan lengkuas – boleh kisar jika suka
  • 7-8 tgkai cili kering direbus *
  • 1 labu bwg besar/5 biji bwg kecil *
  • 2 ulas garlic *

+ Kisar bahan bertanda *

Bahan Tumis B:

  • 1 1/2 sdm rempah kari ikan
  • 1 sdm serbuk rempah kurma

Bahan Ulaman:

  • Taugeh
  • Kcg panjang *
  • Daun kesom *
  • Timun ambil bahagian luar sahaja *
  • Bwg besar *
  • Bunga kantan *

+ Hiris halus bahan *

Bahan Pelengkap:

  • Spageti direbus dan dioles dengan minyak masak supaya tidak melekat
  • Sambal belacan
  • Telur rebus
  • limo kasturi/nipis

Cara Memasak:

1. Ikan direbus sehingga mendidih, asingkn tulang. Kisar atau tumbuk bersama udang kering.

2. Panaskn minyak. Tumis bahan A hingga wangi, diikuti dengan bahan B hingga pecah minyak.

3. Masukkn air rebusan ikan, santan, isi ikan dan udang kering, kerisik, asam gelugor, bunga kantan serta daun kesum. Kacau sebati supaya kuah tak berketul.

4. Masak sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Hidangkan kuah bersama dengan bahan ulaman dan bahan pelengkap.

Nota: Resipi ori laksa johor guna serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. Jadi bila kita guna serbuk kurma, kedua-dua bahan tu dah ada dan ditambah rempah lain yang akan menyedapkan lagi kuah. Bahan lain boleh ditambah dalam kuah ialah ikan kurau masin serta isi udang.

Resepi Laksa Johor Enak Dengan Rasa Berempah

Resepi Oleh: Kak Roy