Sarapan

Resepi Cucur Montok Campuran Sayur

resepi-cucur-montok-campuran-sayur

Resepi Cucur Montok Campuran Sayur

Buat versi ni pulak… Kalau dah suka depa ni sat ja habis. Sedap di dalam lembut di luar garing.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas mendidih
  • 1/2 batang lobak merah – diracik halus
  • 1 tongkol jangung – ambil biji jagung
  • 1 pokok daun bawang – dihiris halus
  • 1 pokok daun sup – dihiris halus
  • 1/2 biji bawang holland – dipotong halus & diracik
  • 1 1/2 kiub ayam/kiub ikan bilis

Cara-Caranya:

1. Satukan semua bahan di dalam bekas kecuali air panas. Gaul rata dahulu bahan-bahan.

2. Masukkan sedikit-sedikit air panas ikut kesesuaian, sambil mengacau sebati (hati-hati ye air tu panas). Bancuh jangan lembik.

3. Panaskan minyak secukupnya, basahkan tapak tangan jemput bancuhan dan bulat-bulatkan goreng hingga masak kekuningan.

4. Angkat dan toskan minyak, sedia dinikmati bersama dengan sos cili, sambal atau colek atau kuah kari pekat.

Resepi Cucur Montok Campuran Sayur

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish