Kek

Resepi Kek Span Pandan 6 Biji Telur Wangi dan Lembut

resepi-kek-span-pandan-6-biji-telur-wangi-dan-lembut

Resepi Kek Span Pandan 6 Biji Telur Wangi dan Lembut

Permintaan anak sejak bulan lepas. Kebetulan hari ni hari lahir dia, tu yang terus buatkan. Bayangkan oven saya dah dua tahun lebih rehat sejak fokus kerja lain. Dulu kek inilah saya dapat jana income dari rumah. Semalam beriya suami kata cari bahan lah anak nak makan tu. Loyang loaf pun tak jumpa pagi tadi haaaa pakai saja lah loyang yang ni. Tak tahu lekat ke tidak kejadiannya.

Alhamdulillah.. elok dia keluar licin dari loyang. Resepi ni mudah tau. Korang wajib cuba. Jangan lupa klik like dan SHARE supaya ramai dapat mencuba resepi kek sedap, wangi dan lembut cair di mulut ni.

Loyang 7 inci gris minyak keliling dan lapik baking paper.

Bahan-Bahan:

  • 1 + 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder

Ayak 2 bahan di atas.

  • 6 biji telur gred b
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan santan kotak
  • 1sb ovalete
  • 1 sk pandan emulco
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:

1. Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu. Kemudian, campurkan semua bahan dalam bekas kecuali minyak jagung. Mula mixer no 1 ke paling laju dalam 10 minit sampai kembang dan kental.

2. Seterusnya, masukkan minyak jagung dan kaup balik bahan sampai rata. Sementara itu panaskan oven dengan suhu 180c selama 10 minit. Masukkan adunan tadi dalam loyang. Ratakan dan entak loyang 3 kali untuk mampatkan adunan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Lapis Holiday Inn

3. Kemudian, boleh terus bakar selama sejam hingga masak. Sejam pertama rak tengah api atas bawah. Kemudian 30 minit terakhir alihkan rak paling bawah untuk elak permukaan atas hangus. Nak tahu masak atau tak, cucuk dengan lidi. Jika lidi ditarik bersih, dah masak lah tu keknya.

4. Akhir sekali, terus sisipkan tepi kek dengan pisau dan keluarkan dari loyang. Wangi, lembut sedapnya makan panas-panas. Selamat Mencuba!.

Resepi Kek Span Pandan 6 Biji Telur Wangi dan Lembut

Resepi Oleh: Mizah Ngatiman