Resepi Ayam Goreng ala Korea Krunchy Memang Rangup
Sebenarnya dah lama dengar ayam goreng korea yang viral tu tapi tak pernah nak cuba. Bila anak anak asyik request je jadi Kak Za pun layankan je la. Nak hepikan anak-anak kan. Senang je rupanya nak buat ayam goreng ala korea ni. Bahan bahan pun mudah je.
Hmmmm memang sedap. Tapi Kak Za ni suka derhaka kat resepi. Suka masak ikut tekak sendiri. Alaaa kita yang nak makan kan, jadi kita la yang buat keputusan. Betul kan? Jadi resepi ni Kak Za dah ubah ikut selera tekak Kak Za hokay. Hehe. Ok, jom mulakan.
Bahan Perap Ayam:
- Ayam
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- Garam secukupnya
- Tepung Bestari secukupnya
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Untuk Sos:
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar kicap
- 1 sudu besar madu
- 1 sudu besar gula perang
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar serbuk kacang tanah
- Bijan secukupnya – (disangai)
- Garam secukupnya.
- Minyak secukupnya untuk menumis
Cara Membuat:
1. Gaul ayam bersama garam dan bahan tumbuk tadi sehingga rata. Ketepikan. Salutkan ayam satu persatu ke dalam tepung BESTARI. Pastikan semuanya tersalut tepung ye.
2. Kemudian goreng hingga keperangan. Tos dan ketepikan. Buat sosnya pula;
3. Tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar hingga garing. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap, madu, serbuk kacang tanah, gula perang dan garam, gaul rata.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul bersama sos hingga bersalut rata. Masukkan ke dalam pingan dan tabur dengan bijan yang disangai. Dah siap. Boleh la dihidangkan.
Ok, selamat mencuba ye.
Resepi Oleh: Iza Abu Bakar