Resepi Kek Span Keladi Gebu Gebas

Resepi Kek Span Keladi Gebu Gebas

Si purple gebu gabas tumpang lalu, resepi kek keladi yang mudah untuk disediakan.

Bahan Meringue:

  • 6 biji putih telur A @ B
  • 3/4 cawan gula kastor (kalau gula pasir 1/2 cawan saja)
  • 1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti 1 sudu besar jus lemon)

Bahan Kek:

  • 6 biji kuning telur A @ B
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu teh yam emulco (perisa keladi)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek Bluekey kotak pink)
  • Pewarna unggu & putih

Cara Membuatnya:

1. Meringue; Pastikan bekas adunan bersih daripada air atau minyak. Mula-mula pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul lagi dengan medium speed.

2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat sambil pukul dengan high speed hingga stiff peak (bertanduk). Bila diterbalikkan bekas adunan tak jatuh. Ketepikan.

3. Kek; Satukan kuning telur, santan, minyak, yam emulco atau perisa keladi. Pukul lagi dengan medium speed dalam 3-4 minit hingga kembang. Masukkan tepung dan pukul sekejap saja dalam 1 minit Masukkan meringue sedikit demi sedikit secara 3 peringkat sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan pewarna unggu dan satu lagi dicampur dengan pewarna putih. Kalau tak ada, boleh dibiarkan kosong saja atau boleh nak warnakan dengan warna lain.

5. Masa ni boleh panaskan oven dulu pada suhu pada 150c selama 10 minit dengan api bawah. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin dan alas dengan baking paper di bawah dan di bahagian tepi loyang.

6. Mula-mula sudukan adunan putih sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah loyang. Kemudian, sudukan pula adunan unggu di atasnya. Jangan dikacau. Ulang lagi langkah yang sama hingga habis. Di akhirnya, saya sudukan 3 sudu, kemudian 2 sudu dan atas sekali 1 sudu.

7. Tutup bahagian atas dengan adunan unggu. Kemudian, campur sedikit lagi pewarna unggu supaya lebih terang. Tompok-tompokkan dengan sudu, ambil pencungkil gigi tarik di tengah tompok-tompok tu menjadi bentuk love/daun.

8. Hentak-hentakkan sedikit loyang supaya tiada rongga udara atau lubang setelah dibakar nanti. Masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Isi air panas hingga 1/4 dari loyang kek. Teknik ni ialah “water bath”.

9. Bakar pada suhu 150c selama 1 jam di rak tengah menggunakan api bawah dulu. Kemudian, 5 minit lagi bakar api atas saja di rak paling bawah hingga sedikit keperangan di atasnya. Bila di cucuk dengan lidi ia bersih bermakna kek sudah masak.

10. Sebaik keluar dari oven, terus terbalikkan kek keladi ke atas jaring dan terbalikkan semula ke atas. Potong dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kek Span Keladi Gebu Gebas

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah