Kuih Muih

Resepi Cakoi Dengan Sos Kastard Pandan

resepi-cakoi-dengan-sos-kastard-pandan

Resepi Cakoi Dengan Sos Kastard Pandan

Dah lama tak makan cakoi. Kalau di utara, cakoi ni dipanggil pak tongko. Kali ni saya cuba resipi dari Che Nom.

Bahan Doh Cakoi:

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk penaik @ baking powder
  • 2 1/2 sudu besar gula kastor
  • 1/2 biji telur – sebiji telur dikacau, guna separuh sahaja.
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak + 1 sudu besar untuk dimasukkan kemudian

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan kering dalam mixer, kacau rata kemudian masukkan susu, air, telur dan 2 sudu besar minyak masak.

2. Uli sehingga doh elastik dan bila hampir siap, masukkan lagi satu sudu besar minyak masak. Kalau adunan sedikit lembik, tambah sikit-sikit tepung gandum dalam 2-3 sudu besar. Bila dah siap uli, boleh rehatkan selama 1-2 jam.

3. Selepas 1-2 jam, doh tadi bolehlah dicanai lebih kurang tebal 1 cm. Potong adunan memanjang dan bahagikan lagi kepada 2 atau 3 bahagian. Ambil chopstick dan tekan di tengah-tengah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Talam Oreo Cheese

4. Sebelum dimasukkan dalam kuali, tarik doh di kedua-dua bahagian supaya sedikit panjang dan bolehlah digoreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan.

Bahan Sos Kastard Pandan:

  • 1 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • Garam
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 2-3 titis pewarna hijau

Cara Membuat: Kacau semua bahan sebati dan masak sehingga agak pekat. Boleh lah dihadang bersama cakoi.

Resepi Cakoi Dengan Sos Kastard Pandan

Resepi Oleh: Rosmawati Abdul Wahab