Ayam

Resepi Ayam Masak Kicap Kentang Tomato

resepi-ayam-masak-kicap-kentang-tomato

Resepi Ayam Masak Kicap Kentang Tomato

Ayam masak kicap masuk kentang dan tomato tak payah nak masak sayur lain gu dengan telur dadar dan sambal belacan. Ada yang suka tak? Alhamdulillah bertambahlah juga, Saya sertakan resepi cara saya semoga bermanfaat.

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam buang kulit potong ikut suka gaul garam kunyit halia tumbuk goreng toskan

Bahan Untuk Menumis:

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 labu bawang merah besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*

3 Bahan bertanda (*) diatas kisar.

  • 2 sudu makan cili blend
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 tangkai daun kari kalau suka saya tak masuk tadi tak ada.
  • 1 biji bawang holland potong bulat tadi tak masuk sebab ganti dengan kentang dan tomato.
  • 2 biji cili merah 2 biji cili hijau
  • Kicap sos tiram sos cili secukup rasa

Cara Membuat:

1. Kuali yang lebih goreng ayam tadi simpan sedikit minyak kalau banyak. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan tadi, bahan dikisar dan cili blend. Kacau hingga naik bau garing dan pecah minyak.

2. Seterusnya, masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis. Masuk sedikit air kalau ingin berkuah. Masukkan pula kentang, garam, gula, serbuk perasa, kicap, sos tiram dan sos cili.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sizzling Spagetti Buttermilk Dengan Popcorn Chicken

3. Dah mendidih dan secukup rasa, masukkan ayam, bawang besar holland, cili besar dan daun kari. Kalau nak gelap, masuk kicap lebih sikit. Saya tak suka gelap-gelap sangat. Saya masukkan tomato dan kentang tadi, malas nak masak sayur lain.

4. Kacau rata dan biarkan mendidih sekejap. Boleh tutup api, boleh dimakan dengan nasi, pulut, roti dan apa-apa yang kita suka. Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Resepi Ayam Masak Kicap Kentang Tomato

Resepi Oleh: Azizah Daud