
Resepi Kek Pisang MESTI cuba yang Danish olah untuk demo masakan Danish di MAHA Sabtu lepas. Sangat mudah dan semua yang makan kata sedap, alhamdulillah dan mereka terus minta resepi. It’s a FOOLPROOF recipe jadi semua pun boleh buat. Pastikan semua bahan masih dalam keadaan baik dan baca semua yang Danish telah nyatakan dibawah ya. Happy baking!.
Resepi Kek Pisang Tropika Cip Coklat
Bahan-Bahan:
3 biji Pisang Berangan atau 6 biji Pisang Emas masak, dilecek kasar
1 cawan hirisan Nenas, dihancurkan sedikit dan buang jusnya. Boleh guna nenas fresh atau dalam tin
1 cawan Kelapa Kering/Coconut Flakes, Danish suka guna Sweetened Coconut Flakes
1/2 cawan Salted Butter atau Marjerin, dicairkan
3/4 cawan Gula Kastor (manis boleh lebih kurangkan)
2 biji Telur gred A atau B
1 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Soda
Secubit dua Serbuk Kulit Kayu Manis
1/2 cawan Plain Yogurt
2 sudu teh Vanilla
3/4 cawan Semi-Sweet Chocolate Chip
1/2 cawan Walnut, dicincang kasar (optional)
Sedikit Choc Chips dan hirisan Nenas untuk hiasan
Cara Buat:
1. Tuang butter cair dan gula ke dalam mixing bowl. Kacau sehingga gula dan butter sekata dan setengah larut. Pecahkan telur dan masukkan vanilla, kacau sebati. Masukkan pula pisang lecek tadi, gaulkan rata.
2. Masukkan bahan kering yang telah diayak bersama iaitu tepung, baking soda dan serbuk kulit kayu manis dan dikaup balik perlahan lahan hingga semua sekata tapi jangan overmix ya, cukup hanya semua rata.
3. Kemudian masukkan nenas, kelapa kering, walnut (jika guna) dan chocolate chips, digaul rata perlahan dan sebentar saja. Tuang adunan ke dalam baking tray 8×8 (adunan tinggi sedikit) or 9×9 yang telah dialas dengan baking paper.
4. Taburkan sedikit chocolate chip dan hirisan nenas. Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama 45 – 50 minit (bergantung jenis oven) sehingga tiada cairan melekat pada tooth pick selain dari cairan dari buah-buah atau chocolate chip tapi jangan overbake nanti cake kering.
5. Sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari baking tray. Paling sedap dimakan selepas disimpan dalam suhu bilik semalaman. Simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Oleh: Danish Harraz