
Resepi Kuih Tart Taiwan
Bahan-Bahan:
250g butter
50g gula kastor
2 biji kuning telur
2 s/t esen vanila
1/4 s/t garam
350g tepung gandum – ayak
50g tepung jagung – ayak
**jem nanas secukupnya (gentil siap-siap dulu.. Aznie bentukkan siap-siap 4 segi)
Bahan Sapuan:
1 biji kuning telur
2 s/b susu full cream
Sedikit pewarna kuning
– gaul semua hingga sebati
Cara Buat:
1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati dan lembut. Masukkan kuning telur satu persatu, pukul hingga sebati. Masukkan esen vanila, sebatikan lagi.
2. Akhir sekali, masukkan campuran tepung gandum bersama tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Gaul dengan tangan hingga sebati hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambik sedikit adunan tepung. Kita leperkan ia.. Masukkan inti nanas ditengah-tengah adunan tepung, dan tutup kembali dengan kemas.
4. Masukkan ke dalam acuan tart yang telah disapu dengan sikit butter. Tekan-tekan ia dalam acuan bagi kemas, biar adunan tadi kita bubuh penuh acuan.
5. Sapukan permukaan tart tadi dengan kuning telur. Bakar pada suhu 180′ selama 10-15 minit.
6. Bakar hingga tepi-tepi nampak coklat skit. Kemudian, terbalikkan acuan tart tadi. Bakar sekejap je, untuk dapatkan permukaan tart yang cantik.
7. Setelah masak angkat tart tadi. Bila agak suam keluarkan ia dari acuan. Bila dah sejuk boleh la kita simpan ke dalam bekas kedap udara.
Aznie bakar pada suhu 170′ guna api atas bawah selama 15 minit. Kemudian, tukar kepada api atas je bakar kejap hingga dapat warna yang cantik kat bahagian atas tart. Siap.
Resepi Oleh: Aznie Khasri