Kek

Resepi Kek Pisang Confirm Gebu Pakai Blender

resepi-kek-pisang-confirm-gebu-pakai-blender

Resepi Kek Pisang Confirm Gebu Pakai Blender

Bahan-Bahan:

8 Biji pisang
3 Biji telur
1 Cawan gula
1 Cawan minyak
1 Tutup botol esen vanilla
1 Sudu teh ovalet
2 Setengah cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil baking soda
Secubit garam

Cara Buat:

1. Telur, gula, garam, minyak, esen vanilla, dan ovalet diblend sampai gebu dalam 10 minit camtu, masukkan pisang. Cara saya, saya masukkan 5 biji jea pisang untuk diblend halus. lagi 3 saya lenyek-lenyek kasar sebab bila makan gigit-gigit rasa pisang ketul-ketul lagi.

2. Selesai blend keluarkan letak dalam 1 mangkuk besar, masukkan pisang lenyek tadi, tepung, baking powder, dan baking soda (ayak yea) kaup balik sampai sekata dan ready untuk dibakar/kukus. Saya suka yang bakar, suhu 150C bakar dalam 30-45 minit, depend oven yea.

Resepi Oleh: Puan Fara Bakri