Ayam

Resepi Ayam Masak Lengkuas atau Likku

resepi-ayam-masak-lengkuas-atau-likku

Resepi Ayam Masak Lengkuas atau Likku

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam kampong
  • santan pekat (3 biji kelapa)
  • ½ biji kerisik
  • Kunyit serbuk secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit daun kunyit
  • 3 sudu besar cili kering yg dikisar
  • 4 sudu makan minyak untuk menumis
  • 2 ulas bunya lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 4-5 bunga cengkih
  • Air Asam jawa sedikit
  • ½ kilo Lengkuas diparut (direbus selama 1 jam terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa pedasnya)
  • 15 batang serai dihiris

Bahan-bahan untuk dimesin:

  • 2 inci lengkuas muda
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 5-7 biji bawang merah
  • 2 Biji bawang putih

Cara-cara Membuatnya:

1. Panaskan santan kelapa pekat hingga naik minyak dalam api yang perlahan, selepas itu masukkan serbuk kunyit, lengkuas dan serai yang telah dihiris lalu dimasak hingga naik bau dan berminyak.

2. Panaskan minyak lalu tumiskan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunya cengkih. Masukkan santan yang telah dimasak dahulu bersama-sama bahan-bahan tersebut.

3. Bila dah harum, masukkan bahan-bahan yang dimesin dan campur sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili kisar. Masukan air asam jawa sedikit dan tunggu sehingga mendidih.

4. Lalu masukkan ayam yang telah dipotong dan dimasak sehingga semua air dalam kuali kering. Masak dengan api yang sederhana.

5. Apabila kuah agak kering, masukkan daun kunyit dan bolehlah dihidang. Hiaskan hirisan daun sup dan daun bawang yang dipotong 1 inci panjang untuk bau yang harum.

Resepi Ayam Masak Lengkuas atau Likku

Resepi Oleh: Putra Bugis Temasek