Kek

Resepi Kek Pisang Abu Kukus Sukatan Cawan Metrik

resepi-kek-pisang-abu-kukus-sukatan-cawan-metrik

Resepi Kek Pisang Abu Kukus Sukatan Cawan Metrik

Cara buat kek pisang abu kukus paling mudah dan hasilnya sangat sedap. Menjadi elok, nampak cantik dan gebu.

Bahan A:

  • Gula perang 1 cawan
  • Garam 1 sudu kecil (sudu kfc)
  • Telur Gred A 4 biji
  • Minyak masak/jagung 1 cawan

Whisk semua sekali bahan A hingga gula larut dan sebati.

Bahan B:

  • Tepung gandum 2 cawan
  • Baking Soda 1 sudu kecil (sudu kfc)
  • Baking Powder 1 sudu kecil (sudu kfc)
  • Bahan C (Lecek / blend jangan terlalu halus)
  • Pisang Abu masak ranum 2 cawan

Ayakkan semua sekali bahan B supaya tepung tidak berketul.

Bahan D: Campurkan last sekali

  • Esen pisang 1 sudu kecil (sudu kfc)

Cara Membuat:

1. Setelah bahan A siap diwhisk, masukkan bahan B lalu whisk lagi secara perlahan sehingga sebati barulah masukkan pisang yang dilecek tadi. Last sekali baru masukkan Esen Pisang dan whisk sekejap bagi esen sebati dalam adunan.

2. Ambil acuan yang telah disapu permukaannya dengan sedikit minyak dan tuang adunan kek pisang tadi lalu kukus menggunakan api yang sederhana selama 20 – 25 minit (sehingga masak).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pandan Kelapa

Tips:

  • Panaskan kukusan terlebih dahulu sehingga mendidih sebelum masukkan adunan kek.
  • Oleskan permukaan acuan agar kek tidak melekat apabila dikeluarkan.
  • Kukus dengan api perlahan agar kek masak dengan serata dan sempurna.
  • Bungkus penutup pengukus menggunakan kain agar air wap kukusan tidak jatuh atas permukaan kek.

Boleh Guna Pengukus Elektrik 3 Layer Ni, Mudah dan Cepat! >> https://shope.ee/4fQCEGj9Kl

Resepi Kek Pisang Abu Kukus Sukatan Cawan Metrik

Resepi Oleh: Jejaka Brownie