
Cara Buat Kek Pandan Chiffon, Memang Mudah dan Sedap
Bahan-Bahan: (18cm)
Bahan A – (diayak 3 kali)
150g tepung kek superfine (boleh guna tepung gandum)
1 sudu kecil baking soda
Bahan B –
4 biji kuning telur
70g gula kastor
secubit garam
Bahan C –
85ml minyak jagung
115ml jus pandan
1 1/2 sudu kecil perasa pandan
1 sudu kecil warna hijau –
110ml susu segar / santan
Bahan D –
4 biji putih telur
70g gula halus
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil jus lemon
Cara Membuat: (Panaskan oven 170c)
1. Dalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang. Kemudian, masukkan minyak dan teruskan putar sehingga sebati dan kembang.
2. Masukkan perasa pandan, warna hijau dan susu segar. Putar sehingga sebati.
3. Gunakan spatula, masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kacau dengan kaedah kaup balik. Kacau sebati. Jangan terlalu lama mengacau.
4. Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang bersih. Putarkan putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putarkan. Kemudian, masukkan gula dan putar sehingga kembang dan kental (soft peak). Kalau terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.
5. Masukkan separuh adunan putih telur kedalam adunan pandan tadi. Gunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
6. Kemudian, masukkan adunan (5) tadi kedalam separuh lagi adunan putih. Dengan kaedah yang sama, kacau sehingga sebati.
7. Masukkan kedalam loyang dan bakar sehingga 40-45 minit.
8. Sejukkan dengan kaedah menelangkupkan loyang supaya kek tak mendap. Setelah itu, bolehlah dihidangkan. Anda juga boleh cuba Resepi Kek Pandan Kelapa