Kek

Resepi Kek Pandan Kelapa

resepi-kek-pandan-kelapa

Resepi Kek Pandan Kelapa

Bahan-Bahan:

125 gm mentega
140 gm gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pes pandan
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kelapa kering

Cara Membuat:

1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.

2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.

3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.

4. Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F (173C) selama 45-50minit.

5. Cucuk di tengah kek dengan lidi untuk menguji sama ada kek betul-betul masak.

Selamat Mencuba.

Kek Pandan Kelapa