
Resepi Brownies Meleleh
Bahan-Bahan:
100 gm coklat
130 gm mentega
250 gm gula
4 biji telur
130 gm tepung
5 gm serbuk penaik
50 gm badam/walnut
Cara Membuat:
1. Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah dauble-boiler. Sejukkan.
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
3. Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.
4. Masukkan tepung dan serbuk penaik. Masukkan badam atau walnut.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180’C selama 40 minit.
6. Bila sudah masak, sejukkan dan tuangkan lebihan coklat ketika di hidangkan.