Makanan Laut

Resepi Haemul Pajeon (Pancake Seafood Korea)

resepi-haemul-pajeon

Cara Buat Resepi Haemul Pajeon, Pancake Seafood ala Korea Yang Mudah Tapi Sedap

Bahan-Bahan:

Bahan Topping –

1 cekak daun bawang (buang akar & hujung kerat 2)
1 ekor sotong (potong petak2)
10 ekor udang putih saiz besar (buang kulit)
1 biji cili besar (potong panjang2)
1 biji telur

Bahan Pancake –

1 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air
Minyak masak

Cara Memasak:

1. Bancuh adunan pancake (agak-agak macam nak buat ketayap).

2. Guna kuali leper ye seeloknya yang non stick. Panas kan minyak.

3. Masukkan daun bawang yang dah dicuci dan dikerat 2 tadi. Biar sekejap dan perlahankan api dapur.

4. Tuangkan 3/4 adunan pan cake dan ratakan.

5. Susun sotong, udang dan cili ikut cara yang korang suka.

6. Tuang baki adunan pancake yang 1/4 tadi. Biar pancake masak perlahan-lahan.

7. Bila permukaan pancake dah agak masak, pecahkan telur dalam mangkuk dan godak sikit ye. Pastu ratakan atas permukaan pancake tadi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak

8. Tunggu jap sampai telur tu masak. Bila telur dah agak-agak masak terbalikkan (guna 2 sudip kalau nak senang).

9. Biar dalam beberapa minit sampai permukaan yang satu lagi tu garing sikit boleh la angkat dan hidangkan.

Tip: adunan pancake tu kalau nak senang guna tepung tempura je. Nisbah bancuhan 1:1 (1 cawan tepung + 1 cawan air)

Resepi oleh: Najea Mamor – Group Masak Apa Hari Ni