
Resepi Kek Oren Gebu
Bahan-Bahan:
225 g mentega atau marjerin
1 1/2 cawan gula halus
4 biji telur Gred A, diasing kan putih dan kuning
2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) diayak
2 biji oren, diparut kulitnya
4 sudu besar jus oren yang telah di perah
Cara Membuat:
1. Pukul mentega/merjerin dengan gula hingga kembang atau hingga gula hancur. Masukkan parutan kulit oren terus memukul.
2. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga habis. Terus memukul hingga gebu.
3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren tadi. Gaul hingga rata dan ketepikan.
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang dan pekat. Kaupkan putih telur ke dalam adunan kek sambil digaul sehala hingga sebati (jangan terlebih gaul).
5. Tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah disapu mentega dan dialas kertas pada dasar tin.
6. Bakar dalam oven yang terlebih dahulu dipanaskan pada suhu 175C selama 40 minit. Suhu bergantung pada oevn masing-masing.
7. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan. Siap dan boleh dihidangkan.