Resepi Kek Minyak Mudah Tak Banyak Bahan
Assalamualaikum. Kek Minyak untuk makan petang. Kek Biasa, namun amat lembut dan sedap utk dimakan. Cara membuatnya juga cukup mudah, bahan-bahan pon tak banyak. Berikut adalah resepi kek minyak.
Bahan A (diayak):
- 2 cawan tepung
- 1 sudu teh tepung penaik
- 1/2 sudu teh garam halus
Bahan B:
- 5 biji telur gread A
- 1 sudu Ovelate
- 3/4 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu assen vanilla
Cara Membuatnya:
1. Panaskan oven 170-180c. Pukul telur + Ovelate + gula , sampai kembang. Setelah kembang, masukkan pula susu pekat. Pukul lagi dalam 2 minit.
2. Setelah itu, perlahankan mixer, masukkan pula perisa vanilla dan minyak masak. Pukul lagi sekadar untuk sebatikan minyak sahaja.
3. Tutup mixer, masukkan tepung yang dah diayak tadi, gaulkan dengan kaedah kaup terbalik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, supaya senang nak sebatikan.
4. Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang anda mahu. Kali ini saya cuma gunakan 2 warna sahaja, warna coklat (untuk adunan coklat saya tambah 1 sudu serbuk koko) dan satu lagi original.
5. Masukkan adunan secara selang seli mengikut warna ke dalam acuan yang telah digris. Saya guna loyang loaf, kalau anda mahu gunakan loyang bulat, boleh guna saiz 8 inci. Setelah siap, ketuk dahulu loyang atas permukaan meja supaya layer kek tu nampak cantik bila masak.
6. Bakar selama 45 minit dengan suhu 170-180c. Cucuk tengah kek dengan lidi sate, jika masih basah, tutup permukaan loyang dengan aluminum foil, supaya atas kek tak hangit. Bakar lagi dalam 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak, keluar dan sejukkan atas redai. Potong bila kek benar-benar sejuk. Kalau anda potong time panas, kek akak mudah leroi kata orang perak.
Resepi Oleh: Suhana Sulaiman